Thursday, November 7, 2019

Test IA container

Hello world

Wednesday, May 11, 2011

Sembang-sembang : Silap Print

Cerita ini aku just nak kongsi pengalaman dengan korang, dua bulan yang lalu aku ada pergi ke kedai komputer atau lebih tepat CC di Slim River, Perak. CC orang Melayu, tujuan aku pergi ke CC ini aku nak print satu buku panduan yang jumlah page nya lebih kurang 108 helai. Jadi aku pun tanya la penjaga CC tu (perempuan), "Kak kalau print 100 keping lebih ada discount tak?".. jadi Kak penjaga CC tu pun jawablah harga sehelai kertas ada discount 15 sen yang pada harga asalnya 20 sen. Jadi aku pun setujulah. Bagi pendrive dan duit-duit RM 16.20. Aku bayar dulu dan pesan dekat Kak tu yang aku akan ambil setengah jam dari sekarang then aku pun keluar dari CC tu untuk cari barang-barang lain.

Setengah jam kemudian aku pun datangla balik nak ambil kertas yang di print tu dengan perasaan gembira, Kak tu pun senyum-senyum tak kata ape. Aku pun tak periksa la kertas tu satu persatu just tengok sikit-sikit. Masa tu aku balik naik bas, sampai ke rumah aku pun belek2 la kertas dan susun-susun untuk binding. Betapa terkejutnya aku bila tengok hasil printing tu. Dengan scaling yang tak betul pastu tunggang terbalik page sebab aku mintak Kak tu print depan belakang jadi page 1 belakang dia paga 108. Haram jadah betul, kata aku dalam hati. Dah la page tunggang terbalik pastu dia tak scaling A4 plak memang ada banyak la tulisan tak masuk dalam page tu. haish dalam hati aku rasa nak bakor je CC tu, duit aku dah abih 16 ringgit hasilnya 0.1 peratus pun takde rasa puas. Patut la Kak tu senyum sumbing rupanya nak sorok yang dia buat silap. Sampai sekarang aku tak hingin nak masuk da CC tu memang geram giler la. Patutnya Kak tu ganti la dah tau buat silap ni sorok2 buat apa, kalau page terbalik tu at least masih boleh baca ni tak scaling memang la boleh baca tapi tak kan faham. Satu lagi yang aku panas sebab dulu aku pernah beli mouse, tak sampai sebulan dah rosak kat bahagian click. Kak yang jaga kedai tu nak kata buta IT ker tak de la sebab dah kerja situ 3 tahun lebih dah malah aku tengok siap ajar orang kursus komputer lagi. Ape Cer? Print pun salah.

Itulah orang Melayu berniaga, tak pentingkan customer langsung. Bukan tak nak sokong orang Melayu berniaga tapi kalau dah camtu la perangai. Lepas tu aku dah tak pernah pergi malah lalu depan CC tu pun aku rasa geram. Aku print semula buku panduan tu dekat Gary Corner (sapa yang duk slim mesti tau). Semua di print dengan elok je tak de pun masalah scaling walaupun pekerja nya budak baru abis SPM. Walaupun dengan harga RM20 aku rasa puas dengan kualitinya.

Untuk tidak mengaibkan CC tu aku tak nyatakanla nama dia dekat sini tapi aku rasa korang semua pasti dah tahu sebab dekat pekan slim ada dua CC je.

Monday, April 18, 2011

Template Sijil National Physics Competition (tuk Print)

Pgi tdi time nk amik cop pengesahan dokumen bru teringat yg aku pnah ade sijil kuiz physics.. haha.. x sedar coz ltak kat dlm fail laen.. so, mmg kelam la nk print... bgi sesape yg nk template tuk print sijil tu bleh download yg aku nyer... xde lah korang jenuh nk scaling n test print bnyak2 kali..

download template sijil penyertaan

download template sijil merit

make sure mse nk print nnti scaling guna A4... kalau x yakin test la dlu print kat kertas kosong n pas print letak kertas kosong tu blakang sijil tue tgk match x tulisan tue kat bahagian nama n IC.


Tuesday, September 7, 2010

Taip Karakter Khas guna laptop keyboard

Just nak tunjuk kat korang (bagi yang tidak tahu) cara nak tulis huruf-huruf yang special atau 'ALT -CODE' seperti  ☺☻♥♦♣♠•◘○◙...  dengan menggunakan keyboard.

  1. First step tekan kat keyboard 'FN' pastu 'NUMLK' ... ada kat F11 bagi sesetengah laptop.
  2. Rujuk pada jadual alt code , misalnya korang nak taip karakter '♣' .. jadi, nombor nya adalah 5. Sekarang, tekan 'ALT' kemudian 'I' , pastikan tekan 'ALT' dulu baru 'I' tanpa lepaskan 'ALT' lepas itu lepaskan, karakter '♣' akan muncul  .. ( M=0, J=1, K=2, L=3, U=4, I=5, O=6, 7,8,9)
  3. Kalau sudah selesai matikan semula numlock indicator dengan tekan 'FN' dan 'NUMLK'.

Senarai contoh gabungan 'ALT + NOMBOR'




Untuk senarai penuh alt code sila pergi ke laman web di bawah.